Berbagai Jenis Kuih Muih
1) LOMPANG GULA MELAKA
Bahan-bahannya:
Bahan A
1. Tepong Beras - 20 gm
2. Tepong Ubi - 260 gm
3. Air - Sedikit
Bahan B
Kapur makan @ air Alkali
4. Gula Putih - 150 gm
5. Gula Merah - 200 gm
6. Air - 300 gm
7. Daun pandan - 2-3 helai
8. Kelapa putih - 1 biji
9. Garam - secukup rasa
Cara membuatnya:
- Panaskan periuk kukus
- Campur semua bahan –bahan A
- Masukkan bahan-bahan B
- Tapis bahan-bahan B ke dalam Bahan-bahan A
- Tapis lagi dan kukus selama 20 minit
- Hias dengan kelapa yang digaul dengan garam
# gunakan tepong CAP BUNGA TERATAI
2) PENGAT JAGONG
Bahan-bahannya:
1. Jagung biji dalam tin - 3 tin
2. Susu UHT - 7 Liter
3. Gula Castor - 250 gm (dimasak dulu)
4. Daun Pandan - 3 helai
5. Sagi Biji - 100 gm (Di rendam 2-3 jam)
Cara memasaknya:
- Susu UHT dimasak hingga mendidih
- Masukkan gula castor dan masukan sagu dan biarkan kembang
- Masukan daun pandan
- Masukan jagung
- Masukan garam secukup rasa
3) Tepung Pelita/ Kuih Limas
Bahan-bahan:-
Lapisan bawah
tepung gandum
gula
air
air daun pandan/pewarna hijau
Lapisan atas
santan pekat
tepung gandum
Caranya : lapisan bawah
· bancuh tepung gandum, air dan air daun pandan sampai sebati tidak berketul2.. tapiskan dan kacau supaya ia sebati adunan jgn pekat biarkan ia cair sederhana. (bancuhannya macam kita buat kuih tepung talam.. tapi jgn keras)
· lapisan atas santan di bancuh dengan sedikit tepung gandum.
Cara Mengukus
· mula2 bubuhkan gula sesudu ke dlm acuan kemudian letakkan lapisan bawah ke atasnya.. jgn byk sangat dan kukuskan dan biarkan ia masak sedikit.. lepas tu bubuhkan lapisan atas.
· Kukus sampai masak.
· Bila ia masak hidangkan.. dan selalunya ia akan berair sebab gulanya sudah cair.
· Acuannya hendaklah dibuat menggunakan daun pisang yg telah dilayur.
Cara2nya: ·
. ambik sekeping daun pisang sebesar kotak mancis dan bentukkan ia seperti bakul.
· Kemudian staplerkan kiri kanan ** kami dekat rumah pakai kayu yg telah dipotong 4 segi dan tebal.
4) SERI MUKA
Bahan-bahan bahagian bawah
- pulut 275 g pulut (rendam semalaman @ at least 6 jam)
1 ½ biji kelapa
- 195 ml pati santan (utk kastard)
- 195 ml santan cair
½ camt garam
1 helai daun pandan - disimpul
Bahagian atas - kastard
3 biji telur
170 g gula pasir
1 camb air daun pandan
195 ml pati santan
Cara - caranya:-
4) DONAT
Bahan-bahan Donat
1 kg Tepung gandum
3-4 sudu susu tepung (apa2 jenis pun tak kisah asalkan susu tepung)
3 sudu marjerin
Yis basah
Air Garam (Garam dilarutkan dalam air jgn. masin sangat nanti adunan tepung tu masin...)
Gula dikisar halus (jgn. halus sangat)
Cara2nya
· Cairkan yis dalam air (Peringatan : 1 kg tepung = ½ potong yis kalau nak buat ½ kg letakkan suku saja)
· Satukan tepung gandum dgn susu tepung, cairkan marjerin dan masukkan dalam adunan tepung dan susu tadi kemudian masukkan yis yg telah dicairkan dan diadun dgn air garam sehingga doh (contoh adunan dah doh bila tepung tak melekat kat tangan.)
· Biarkan adunan tepung yg dah doh tu mengembang
· Bila dah mengembang buangkan anginnya dan diadun semula dan bentukkan bulat2 spt kita nak buat kuah keria
· Bila bentuk2 donat tuh dah mengembang bolehlah digoreng dan taburkan gula kisar
5) KARIPAP
Intinya
1 kilo ubi kentang (dipotong dadu)
2 peket rempah kari daging (adabi) (kalau tak mahu pedas boleh kurangkan sikit)
1 cawan ayam atau udang atau daging(yang dihiris nipis atau dicincang halus)
6 ulas bawang merah}
2 ulas bawang putih } ditumbuk
1 inci halia}
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
Daun sup dan daun bawang (dihiris)
Garam dan pak aji secukup rasa
Minyak untuk menumis
(kalau nak tambah dengan mixed vege pun kira o'right juga)
Cara-caranya
· Tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik baunya kemudian masukkan rempah kari, kacau hingga
pecah minyak pastu masukkan ayam.
· Agak-agak ayam dah kental gitu masukkanlah kentang tambahkan air acap-acap dengan kentang.
· Pastu kecilkan api masukkanlah garam dan pak aji (now and then) jangan lupa pula kacau kentang tu kang
hangit pulak kang.
· Bila agak-agak nak kering dan kentang dah empuk masukkan bawang dan daun-daunan tadi rasalah garamnya. Pastukan...kan...kan dah siap inti kita tadi.
Kulitnya
1/2 kilo tepung
3/4 cawan minyak masak (panaskan)
Air garam (agak-agak)
Cara-caranya
· Masukkan tepung dalam besen, kemudian tuangkan minyak panas sedikit demi sedikit sambil digaul dengan
tangan (hati-hati jangan sampai terlecur tangan).
· Setelah tepung dan minyak digaul mesra masukkan pula air garam sedikit demi sedikit, uli hingga sebati
jangan sampai doh terlembik agak-agak cantik dan sedap diuli oleh tangan kira o.klah tu.
· Canaikan doh tadi dan terapkanlah.
· Isikan inti dan pilinlah tepi nya biar nampak cantik.
· Pastu goreng.
6) Kuih - Sardin Roll
Bahan-Bahannya :
Gandum 1 paun
Baking Powder 1 camca teh
Lemak Sayur 4 auns
Majerin 4 auns
Sardin 1 tin
Bawang Besar 1 ulas
Lada Merah & Hijau 3 biji
Limau Nipis ½ biji
Serbok Perisa jika mahu
Air Sejuk (Dlm peti air batu) 8 camca besar
Telur Merah 2 biji
Susu Cair 1 camca besar
Cara-cara membuatnya :
Intinya :
7) PULUT PANGGANG
Bahan:
1 kg beras pulut
3/4 biji kelapa (ambil pati santan)
5 ekor ikan sardin/kembong (sederhana besar)
2 ulas bawang merah (di hiris nipis)
sedikit halba
garam secukup rasa
ajinomoto (jika suka)
daun pisang untuk membungkus
Cara untuk pulutnya :
Bahan
Tepung Gandum ikut suka banyak mana nak buat
1 biji telor
1/2 tin susu cair
sedikit garam
air
Caranya:
9) Kuih Pukis Nangka Sari
Bahan-bahan:
200gm isi nangka dikisar dengan 400ml santan dari 1 biji kelapa
400gm tepung top
1 pkt ragi segera (dicampur dgn tepung top)
350gm gula
1 sudu teh perisa vanilla (essence)
7 biji telur
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan minyak jagung
sedikit warna kuning
100gm nangka digunting halus untuk hiasan
Cara-caranya:
10) KUIH PUTERI AYU
Bahan-bahan
4 biji telur
250g gula
300g tepung gandum ayak bersama 1 sudu besar serbuk penaik
1 sudu besar Ovalette
250ml susu sejat
sedikit pewarna (biasanya hijau)
1/2 biji kelapa parut (putih sahaja) digaul dgn sedikit garam & tepung ubi
Cara-caranya:-
11) KUIH NAGASARI
Bahan
Setengah bungkus tepung beras
2 cawan air
1 biji kelapa parut (ambil 3 1/2 cawan santan)
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 camca teh garam
daun pisang (dilayu dahulu)
8 biji pisang raja dibelah dua memanjang
Cara-cara:
12) KUIH HASIDAH
Bahan-bahannya
300gm tepung gandum
2 helai daun pandan
2½ - 3 cawan santan dari satu biji kelapa
1½ cawan gula, atau secukup manis yang diperlukan
5 biji telur ayam, dipukul
4 sudu besar minyak sapi
secubit garam
sedikit pewarna kuning
Untuk hiasan
10 biji bawang merah,dihiris nipis dan gaul sedikit garam, kemudian digoreng hingga kuning.
Cara Membuatnya
· Tepung disangai hingga wangi dan kuning. Sejukkan sebentar.
· Kemudian dicampurkan santan, telur, daun pandan, secubit garam dan pewarna kuning, jika suka.
· Kacau atas api kecil hingga pekat. Barulah dimasukkan gula. Kacau lagi hingga gula sebati dan kering,
baru dimasukkan minyak sapi. Kacau lagi hingga keluar minyak.
· Proses mengacau kira-kira 1½ - 2 jam. Bila telah menjadi seketul adunan yang lembut, bolehlah diangkat.
· Terapkan dengan acuan bentuk bunga teratai dan taburkan bawang goreng diatasnya. Boleh juga digentel
bulat-bulat dan disepit menggunakan penyepit kuih.
13) KUIH LOMPAT TIKAM
Adunan A
1 mangkuk tepung beras + ½ mangkuk air + sedikit air kapur sirih
2½ mangkuk air daun pandan
Cara Menyediakannya
· Didihkan air daun pandan. Masukkan tepung yang telah dibancuh dengan air dan kapur sirih tadi perlahan-lahan
sambil dikacau tanpa henti. Gunakan api sederhana. Teruskan mengacau hingga pekat dan berkilat.
· Untuk memastikan tepung benar-benar telah masak, aduan yang dikacau tidak akan melekat pada tepi kuali dan
rupanya berkilat. Jika dititiskan sedikit ke dalam air, ianya akan membeku.
· Kemudian tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan. Lepas itu bolehlah dihidangkan dengan adunan B, C dan D.
Adunan B
Santan pekat satu biji kelapa
1 senduk tepung beras
secubit garam
Cara Membuatnya
· Satukan santan dengan tepung beras dan secubit garam.
· Kemudian kacau atas api sederhana hingga pekat, tapi jangan sampai pecah minyak. Jika suka lebih pekat,
tambahkan tepung.
Bahan C
Air gula melaka - manisnya terpulang kepada individu
Bahan D - pulut merah (jika suka)
2 cawan beras pulut, dibasuh dan direndam 4 jam bersama sedikit pewarna merah
1 cawan santan pekat dan secubit garam.
Cara Menyediakannya
· Campurkan pulut dengan santan dan secubit garam, kemudian kukus hingga masak. Kacau-kacaukan sedikit biar santan mesra dengan pulut.
ATAU
· Santan dan pulut disatukan, kemudian ditanak seperti biasa.

- Kukus air dlm periuk
- Sediakan pulut utk bahagian bawah - Tos pulut yg direndam dan kukus bersama dengan daun pandan, garam dan santan (gaul santan dan garam) dlm pengukus hingga masak
- Sediakan kepala kuih (kastard) - Pukul telur dan gula.
- Masukkan air daun pandan dan pati santan.
- Kacau sebati dan tapis adunan.
- Sediakan bahagian bawah pulut - Apabila pulut telah masak, keluarkan dari pengukus dan isikan ke dalam acuan/loyang.
- Tekan pulut dengan daun pisang hingga rata. Kukus selama 5 minit
- Memasak kepala kuih (kastard) - Kacau campuran telur rata-rata dan tuang kedlm pulut. Kukus lagi selama 15-20 minit hingga adunan pejal.
- Lap wap dari tudung pengukus supaya kepala kuih itu tidak berair dan beralur
- Keluarkan dari pengukus apabila masak. Sejukkan.
- Potong kuih dan hidangkan dlm pinggan
4) DONAT
Bahan-bahan Donat
1 kg Tepung gandum
3-4 sudu susu tepung (apa2 jenis pun tak kisah asalkan susu tepung)
3 sudu marjerin
Yis basah
Air Garam (Garam dilarutkan dalam air jgn. masin sangat nanti adunan tepung tu masin...)
Gula dikisar halus (jgn. halus sangat)
Cara2nya
· Cairkan yis dalam air (Peringatan : 1 kg tepung = ½ potong yis kalau nak buat ½ kg letakkan suku saja)
· Satukan tepung gandum dgn susu tepung, cairkan marjerin dan masukkan dalam adunan tepung dan susu tadi kemudian masukkan yis yg telah dicairkan dan diadun dgn air garam sehingga doh (contoh adunan dah doh bila tepung tak melekat kat tangan.)
· Biarkan adunan tepung yg dah doh tu mengembang
· Bila dah mengembang buangkan anginnya dan diadun semula dan bentukkan bulat2 spt kita nak buat kuah keria
· Bila bentuk2 donat tuh dah mengembang bolehlah digoreng dan taburkan gula kisar
5) KARIPAP
Intinya
1 kilo ubi kentang (dipotong dadu)
2 peket rempah kari daging (adabi) (kalau tak mahu pedas boleh kurangkan sikit)
1 cawan ayam atau udang atau daging(yang dihiris nipis atau dicincang halus)
6 ulas bawang merah}
2 ulas bawang putih } ditumbuk
1 inci halia}
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
Daun sup dan daun bawang (dihiris)
Garam dan pak aji secukup rasa
Minyak untuk menumis
(kalau nak tambah dengan mixed vege pun kira o'right juga)
Cara-caranya
· Tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik baunya kemudian masukkan rempah kari, kacau hingga
pecah minyak pastu masukkan ayam.
· Agak-agak ayam dah kental gitu masukkanlah kentang tambahkan air acap-acap dengan kentang.
· Pastu kecilkan api masukkanlah garam dan pak aji (now and then) jangan lupa pula kacau kentang tu kang
hangit pulak kang.
· Bila agak-agak nak kering dan kentang dah empuk masukkan bawang dan daun-daunan tadi rasalah garamnya. Pastukan...kan...kan dah siap inti kita tadi.
Kulitnya
1/2 kilo tepung
3/4 cawan minyak masak (panaskan)
Air garam (agak-agak)
Cara-caranya
· Masukkan tepung dalam besen, kemudian tuangkan minyak panas sedikit demi sedikit sambil digaul dengan
tangan (hati-hati jangan sampai terlecur tangan).
· Setelah tepung dan minyak digaul mesra masukkan pula air garam sedikit demi sedikit, uli hingga sebati
jangan sampai doh terlembik agak-agak cantik dan sedap diuli oleh tangan kira o.klah tu.
· Canaikan doh tadi dan terapkanlah.
· Isikan inti dan pilinlah tepi nya biar nampak cantik.
· Pastu goreng.
6) Kuih - Sardin Roll
Bahan-Bahannya :
Gandum 1 paun
Baking Powder 1 camca teh
Lemak Sayur 4 auns
Majerin 4 auns
Sardin 1 tin
Bawang Besar 1 ulas
Lada Merah & Hijau 3 biji
Limau Nipis ½ biji
Serbok Perisa jika mahu
Air Sejuk (Dlm peti air batu) 8 camca besar
Telur Merah 2 biji
Susu Cair 1 camca besar
Cara-cara membuatnya :
- Gandum hendaklah di gaul dgn baking powder terlebih dahulu dan diletakan di dalam satu bekas.
- Campurkan lemak sayur dan marjerin bersama tepung tadi dan di gaul sehingga menjadi halus dan masukan 4 camca air sejuk kedalam adunan tadi sehingga besatu.
- Kemudian masukan 4 camca air sejuk lagi dan digaul perlahan -lahan sehingga sebati .
- Kemudian di canai perlahan-lahan setebal 0.5cm dan selebar 8cm dan panjangnya kira 5 atau 7 cm. Buatlah sehingga habis doh tadi.
Intinya :
- Sardin dikeluarkan dan dimasukan ke dalam pinggan yang berasingan dan dihancurkan. (Buang tulang-tulangnya jika ada)
- Bawang besar di cincang halus dan dimasukan kedalam sardin tadi. Lada dipotong-potong kecil dan dimasukan kuahnya sekali kemudian perahkan air limau nipis. Setelah itu jerang di atas dapur sehingga pekat dan diangkat dan dibiarkan sejuk.
- Ambil doh yang telah dipotong-potong tadi letakan diatasnya kira-kira 1 camca sardin mengikut panjang adunan tadi. Setalah itu digulung seperti menggulung kuih Dadar dan tepinya dilekatkan dengan tepung sagu yang dibancuh dengan air dan tekan perlahan-lahan dan buatlah sehingga habis.
- Setelah siap semuanya kemudian disusun didalam dulang dan sapukan telur yang dibancuh dengan susu cair tadi. Kemudian dibakar sehingga masak.
7) PULUT PANGGANG
Bahan:
1 kg beras pulut
3/4 biji kelapa (ambil pati santan)
5 ekor ikan sardin/kembong (sederhana besar)
2 ulas bawang merah (di hiris nipis)
sedikit halba
garam secukup rasa
ajinomoto (jika suka)
daun pisang untuk membungkus
Cara untuk pulutnya :
- basuh beras dan kukus.
- lepas beras masak, sejukkan dalam bekas lain
- ambik ½ dari pati santan dan campurkan dengan sedikit garam
- curah pati santan ke dalam nasi pulut tadi dan gaul sampai rata. jangan banyak sangat pati santan, nanti terlembik pulak pulut kita. tekan2 pulut tu, biar padat
- bersihkan ikan dan panggang (atau rebus).
- tapi panggang lagi sedap
- lepas masak, ambik isi ikan sahaja.
- tumbuk isi ikan dalam lesung sampai sederhana lumat
- ambik kuali dan masukkan baki santan ke dalamya.
- masak santan sampai dia agak pekat.
- masuk bawang, isi ikan, sedikit kelapa parut, garam, aji, halba
- masak atas api sederhana sampai inti kering (macam serunding)
- bolehlah mula bungkus pulut panggang ini.
- kepalkan pulut kuat2 supaya pulut padat. lapik tangan dengan plastik supaya pulut tak lekat kat tangan. letak inti kat tengah dan bentukkan pulut memanjang. bungkus dan bakar
Bahan
Tepung Gandum ikut suka banyak mana nak buat
1 biji telor
1/2 tin susu cair
sedikit garam
air
Caranya:
- Kesemua bahan dimasukkan kedalam blender kemudian blender dan masukkan kedalam acuan tengok kalau cair sangat tambah tepung lagi kalau pekat tambah air atau susu cair
9) Kuih Pukis Nangka Sari
Bahan-bahan:
200gm isi nangka dikisar dengan 400ml santan dari 1 biji kelapa
400gm tepung top
1 pkt ragi segera (dicampur dgn tepung top)
350gm gula
1 sudu teh perisa vanilla (essence)
7 biji telur
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan minyak jagung
sedikit warna kuning
100gm nangka digunting halus untuk hiasan
Cara-caranya:
- Pukul telur dan gula hingga halus.
- Satukan santan yang sudah di kisar dgn nangka, garam, essence, minyak dan warna kuning.
- Masukkan tepung dan santan (berselang-seli dan kacau rata).
- Perap adunan selama 40 minit sebelum dibakar.
- Panaskan acuan 3/4 paras acuan dan dihias hirisan nangka.
- Dibakar hingga masak.
10) KUIH PUTERI AYU
Bahan-bahan
4 biji telur
250g gula
300g tepung gandum ayak bersama 1 sudu besar serbuk penaik
1 sudu besar Ovalette
250ml susu sejat
sedikit pewarna (biasanya hijau)
1/2 biji kelapa parut (putih sahaja) digaul dgn sedikit garam & tepung ubi
Cara-caranya:-
- Pukul telur dgn gula hingga kembang, masuk Ovalette & pukul lagi.
- Masuk tepung berselang seli dgn susu - gaul rata.
- Sapu acuan dgn sedikit minyak, letakkan sedikit kelapa di bhg bawah acuan.
- Tuangkan adunan - kukus 10 hingga 20 minit.
11) KUIH NAGASARI
Bahan
Setengah bungkus tepung beras
2 cawan air
1 biji kelapa parut (ambil 3 1/2 cawan santan)
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 camca teh garam
daun pisang (dilayu dahulu)
8 biji pisang raja dibelah dua memanjang
Cara-cara:
- Ayak tepung beras kedalam mangkuk, tuangkan air dan gaulkan adunan hingga sebati.
- Masukkan santan, daun pandan dan garam kedalam periuk dan didihkan perlahan-lahan.
- Campurkan adunan tepung beras tadi kedalam santan dan kacau dengan sudip selama kira-kira 5 minit hingga adunan menjadi halus.
- Angkat dari api.
- Bubuh sebanyak secamca sedang penuh adunan tersebut ditengah daun pisang.
- Ratakan adunan, letakkan sekeping pisang diatas adunan dan bubuh secamca penuh lagi adunan diatasnya.
- lipat daun pisang dan kukus selama 20 minit.