Anika Lauk-pauk
1) Ayam Damsyak (Bebiri Muda), (Hidangan untuk 5 orang)
Bahan:
6 g bawang putih
12 g bawang kecil, dikisar halus
4 g halia
10 g serbuk jintan manis
30 g serbuk jintan putih
5 g serbuk kunyit
2 g daun kari
15 ml minyak sapi
10 g keju parmesan
20 ml santan
5 ml susu cair
2 g garam
1 g gula
Bahan perapan:
600 g ayam/bebiri muda
5 g jintan manis
10 g jintan putih
5 g garam
2 g halia
Cara membuat:
1. Perapkan ayam/bebiri muda dengan jintan manis, jintan putih, garam dan gula semalaman.
2. Setelah diperap ayam/bebiri muda hendaklah digoreng setengah masak.
3. Tumiskan bahan yang sudah dikisar sehingga keluar aromanya.
4. Masukkan kedua-dua serbuk jintan bersama serbuk kunyit, tumis sehingga pecah minyak.
5. Setelah pecah minyak masukkan pati santan pekat dan gaul sehingga sebati.
6. Kemudian masukkan susu cair, biarkan sebati dan bersalut.
7. Akhir sekali masukkan keju parmesan bersama garam dan gula.
2) Udang Bercili
Bahan:
1 kg udang sederhana, dibersihkan dan dipotong sedikit kepala udang
Bahan kisar:
15 biji bawang kecil
5 biji bawang putih
10 g halia muda
20 tangkai cili kering, direbus
10 g belacan
10 g kunyit hidup
10 g asam jawa, dicampur dengan ½ cawan air dan jadikan air asam jawa.
Sedikit garam
Cara membuat:
1. Sebelum itu, udang hendaklah digaul dengan garam dan kunyit hidup.
2. Panaskan setengah liter minyak di dalam kuali.
3. Apabila minyak panas, goreng udang. Setelah udang masak angkat dan sejat.
4 Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga kekuningan.
5. Kemudian campurkan udang bersama bahan tumis.
6. Gaul sehingga sebati dan masukkan garam secukup rasa. Pastikan kuahnya sedikit kering.
3) Ayam Golek
Bahan:
2 kg ayam seekor
300 g santan kelapa pekat dari 1 1/2 biji kelapa
10 g asam jawa
2 - 3 camca makan air
1 camca teh gula
1 camca teh garam atau sesuka rasa
Rempah ratus:
4 biji bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
2 camca makan ketumbar
1 camca makan jintan putih
1 camca teh lada hitam
Cara membuat:
1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir. Lakukan beberapa kali jika perlu. Lap sedikit ayam itu.
2. Campurkan asam jawa dan air. Tapis dan perapkan.
3. Masak ayam dalam kuali bersama campuran rempah ratus, santan dan asam jawa sehingga sederhana masak (airnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam dengan beberapa kali.
4. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 170° Celsius sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya.
5. Hidangkan dan hiaskan sedikit bersama telur yang dimasak.
4) Udang Harimau Masak Keju
Bahan:
200 g udang harimau
1/2 liter minyak masak
Bahan kuah:
100 g marjerin
100 g susu sejat
3 tangkai daun kari, dihiris halus
1 biji cili padi, dihiris halus
1/3 camca teh keju Parmesan
1/4 camca teh garam
1 camca teh gula
Cara membuat:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng terendam udang sehingga garing.
2. Panaskan kuali dan masukkan marjerin sehingga cair.
3. Masukkan susu sejat tadi dan masak menggunakan api perlahan sehingga pekat.
4. Masukkan bahan lain dan panaskan. Masukkan udang dan kacau sehingga sebati.
5) Sup Buntut
Bahan:
1 kg ekor lembu
250 g daun bawang
250 g bawang merah
100 g bawang putih
1 liter air
Garam dan lada sulah secukup rasa
2 batang lobak merah
4 biji kentang
Cara membuatnya:
1. Potong daun bawang, bawang putih dan bawang merah.
2. Masukkan stok ekor lembu, air dan daging ekor lembu. Didihkan sup sehingga daging ekor lembu empuk.
3. Kemudian masukkan garam dan lada sulah
4. Campurkan lobak dan kentang yang sudah dipotong.
6) Ayam Lemak Kuning
Bahan:
1 kg ayam, dipotong 12 keping
3 cawan santan pekat
3 cawan santan cair
15 biji cili padi dikisar
3 batang serai, dititik
10 biji bawang kecil, dikisar
5 biji bawang putih, dikisar
3 keping asam keping
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam,
3 biji ubi kentang, dipotong dadu
Cara membuatnya:
1. Panaskan periuk dan masukkan santan cair, barang yang dikisar serta serbuk kunyit.
2. Apabila mendidih, masukkan ayam, asam keping, serai dan ubi kentang.
3. Apabila mendidih, masukkan santan pekat kacau sebati dan masukkan garam secukup rasa.
4. Apabila ayam dan ubi kentang masak, boleh diangkat untuk hidangkan.
7) Ayam Percik
Bahan:
1.5 g ayam
50 g serbuk kunyit
100 ml air
300 ml pati santan
1/2 camca teh lada hitam
Garam
Bahan kisar
6 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 sm halia
1 batang serai
15 tangkai cili kering
Cara membuat:
1. Bersihkan ayam dan dipotong empat.
2. Kisar bawang kecil, bawang putih, halia, serai dan cili kering sehingga halus.
3. Campurkan serbuk kunyit dan air sehingga sebati.
4. Masukkan ayam, serbuk kunyit dan air ke dalam mangkuk besar serta pati santan dan gaul sehingga
sebati.
5. Tambah lada hitam dan garam secukup rasa.
6. Perap di dalam peti ais semalaman.
7. Ayam boleh dipanggang atau
8) Udang Celur Bercili
Bahan:
10 biji cili kering
5 biji bawang kecil
5 ulas bawang putih
100 gram udang besar
5 cawan air
Minyak
5 biji bawang besar
Garam
1 camca teh gula
Cara membuat:
1. Kisar cili kering, bawang kecil, bawang putih sehingga halus.
2. Bersihkan udang dan buang kulit.
3. Panaskan air sehingga mendidih kemudian celur udang sehingga warnanya jingga kemerahan.
4. Panaskan minyak dan tumis sehingga bahan yang dikisar sehingga garing.
5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan udang dan kacau sehingga sebati.
9) Ketam Masak Lemak
Bahan:
1/2 kg ketam
1/2 biji kelapa/serbuk santan
15 biji cili api/cili kering
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2.5 sm kunyit
1 batang serai
Garam
Gula
Cara membuatnya:
1. Ketam dipotong dan dibersihkan.
2. Kelapa diperah dan diambil santannya (asingkan patinya.)
3. Cili, bawang merah, bawang putih dan kunyit ditumbuk.
4. Masukkan santan dan serai di dalam periuk di atas api yang sederhana.
5. Masukkan bahan tumbuk dan kacau sehingga mendidih.
6. Masukkan ketam dan masak sehingga ketam berwarna jingga kemerahan.
7. Tambah garam secukup rasa dan gula jika perlu.
10) Ikan Patin Lemak Tempoyak
Bahan kisar
· 50g cili merah
· 50g cili padi
· 10g halia
· 10g kunyit hidup
· 100g bawang kecil
· 20g bawang putih
Bahan
· 250g ikan patin
· 5g daun kunyit
· 1 batang serai, dititik
· 3 cawan santan
· Garam secukup rasa
· 100g tempoyak
Cara membuat
Masukkan bahan dikisar ke dalam periuk, ikan patin, daun kunyit dan serai.
Jerangkan ia di atas api, tuangkan santan, garam dan kacau sehingga kuah mendidih.
Akhir sekali masukkan tempoyak, gaul rata dan biar ia masak. Angkat dan hidangkan.
11) Rendang Itik Tanjung Kling
Bahan
· 1/2 cawan minyak masak
· 1 1/2 itik, dipotong dan cuci dengan garam dan asam jawa
· 3 hiris lengkuas
· 2 keping asam gelugur
· 4 cawan santan dari dua biji kelapa
· 4 camca besar kerisik
· Garam secukup rasa
Bahan disangrai dan dikisar halus
· 10 tangkai cili kering
· 1 camca kecil ketumbar
· 1 camca kecil jintan manis
· 1 camca kecil lada hitam
Bahan A
· 5 biji bawang merah
· 3 ulas bawang putih
· 3 cm halia
· 2 batang serai
· 3 cm kunyit hidup
· 1 1/2 cm belacan Melaka
Cara membuatnya
Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan disangrai dan dikisar sehingga naik bau.
Kemudian masukkan itik, bahan A, lengkuas, asam gelugur, santan dan kerisik. Masak sehingga kuah pekat dan itik empuk.
Selepas itu masukkan garam secukupnya, daun limau dan daun kunyit. Kecilkan api dan masak lagi sehingga kuah hampir kering. Kemudian angkat daripada api.
12) Ikan Pindang Serani
Bahan:
· 1/2 cawan minyak masak
· 100 g asam jawa, dibancuh bersama tiga cawan
· 500 g ikan siakap, dipotong dan dicuci bersih
· 2 biji cili merah atau hijau, dibelah dua
· Garam secukup rasa
Bahan A:
· 3 biji bawang merah
· 2 ulas bawang putih
· 3 cm kunyit hidup
· 1.5 cm halia
· 3 cm belacan Melaka
Cara membuatnya:
Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan A sehingga naik bau.
Masukkan air asam jawa dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan ikan, cili merah dan garam secukupnya.
Biarkan sehingga ikan masak. Ia sesuai dihidang sama ada untuk berbuka dan bersahur.
13) Ketam Dondang Sayang
Bahan:
· 1/2 cawan minyak masak
· 1 cawan santan (daripada sebiji kelapa)
· 2 batang serai, diketuk
· 2 keping asam gelugur
· 1 kg ketam, dibuang kulit dan dicuci bersih
· Garam secukupnya
· 3 helai daun limau
· 1 helai daun kunyit
Bahan kisar:
· 5 biji bawang merah
· 3 ulas bawang putih
· 3 cm kunyit hidup
· 3 cm halia
· 10 tangkai cili kering, yang direbus
· 1 1/2 cm belacan Melaka
Cara membuat:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit bau. Masukkan santan, serai, asam gelugur dan kacau rata.
Apabila kuah mula mendidih dan pekat, masukkan ketam dan garam secukupnya. Kacau rata dan tutup periuk, kecilkan api. Biarkan 10 minit.
Setelah ketam masak, masukkan daun limau dan daun kunyit. Kacau rata.
Hidangkan panas-panas.
14) Gulai lemak siput sayur keladi
Bahan
· 1/2 kg siput sedut, dipotong hujung dan dicuci bersih
· 1 cawan air
· 1 helai daun kunyit
· 3 keping asam gelugur
· 300 g sayur keladi, dibuang kulit dipotong kecil kemudian direbus sehingga empuk
· 3 cawan santan
Bahan kisar
· 5 biji bawang merah
· 3 cm kunyit hidup
· 2 camca kecil udang kering
· 1 1/2 cm belacan
Cara membuat
1. Masukkan siput yang sudahdibersihkan ke dalam periuk beserta air, daun kunyit, asam gelugur, sayur keladi dan bahan kisar.
2. Masak sehingga mendidih kemudian masukkan santan dan garam. Kecilkan api dan kacau selalu.
3. Selepas masak angkat dan hidangkan untuk berbuka atau bersahur.
15) Gulai Daging Nangka Muda
Bahan:
· 600g daging bahagian atas
(topside)
· 150g santan
· 5g serai, diketuk
· 20g lengkuas, diketuk
· 250g nangka muda, dibersihkan dan dipotong kecil
Bahan kisar:
· 200g cili merah
· 100g bawang kecil
· 20g halia
· 20g kunyit hidup
Cara membuatnya:
Rebus daging di dalam periuk bersama bahan kisar dan biarkan ia empuk.
Kemudian masukkan santan, serai dan lengkuas kacau sehingga mendidih.
Masukkan nangka dan masak sehingga ia empuk dan berminyak. Angkat dan hidangkan.