Walaupun budaya kita mengatakan bahawa wang adalah jawapan kepada segala masalah, kita juga mendengar yang wang itu jahat dan punca segala kejahatan. Wang menghancurkan! Mari kita lihat apa yang wang boleh dan tidak boleh buat:
“Ia boleh membeli sebuah rumah, tetapi bukan keselamatan. Ia boleh membeli sebuah katil, tetapi bukan tidur. Ia boleh membeli sebuah jam, tetapi bukan masa. Ia boleh membelikan anda buku, tetapi bukan ilmu pengetahuan. Ia boleh membelikan anda kedudukan, tetapi bukan penghormatan. Ia boleh membelikan anda ubat, tetapi bukan kesihatan. Ia boleh membelikan anda darah, tetapi bukan nyawa.”
Anda lihat, wang bukanlah segala-galanya!
1. Ubah gaya hidup
Beli barangan keperluan dan bukan kehendak
Jika menggunakan kad kredit, pastikan anda membuat bayaran penuh (full settlement) bagi mengelakkan hutang tertunggak
Amalkan sikap berjimat cermat dan perbelanjaan bukan untuk menonjolkan kemewahan
Jangan mudah terpengaruh dengan promosi dan tawaran
2. Membuat bajet yang realistik
Mulakan dengan membuat penilaian semua perbelanjaan anda.
Tetapkan jumlah yang anda ingin belanja dan jumlah yang ingin disimpan
Jika anda mempunyai kedudukan kewangan yang agak terhad, kenalpasti perkara yang paling penting untuk anda belanjakan.
Belanja ke atas barangan keperluan dahulu
3. Berbelanja lah secara bijak.
Semak senarai harga barangan
Buat senarai barangan yang anda ingin beli dan bawa senarai tersebut sewaktu membeli belah untuk mengelakkan pembelian secara mendadak (impluse purchase)
Untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan, bawa jumlah wang yang mencukupi untuk membeli barangan yang disenaraikan
Rancang perbelanjaan dengan teliti dengan membuat perbandingan harga
Seringkali menjelang musim perayaan, harga barangan akan melambung tinggi. Maka, elok sekiranya perbelanjaan di buat lebih awal dari tarikh berhampiran dengan perayaan.
Rekod segala perbelanjaan yang dibuat bagi merancang perbelanjaan akan datang dengan lebih teliti, jika terlebih berbelanja, berusaha lah untuk berjimat serta mengurangkan perbelanjaan.